“Saya Tidak Meng4ndung Pun” – Eyra Hazali

Pelakon Eyra Hazali menyangkal dakwaan kononnya sedang hamil selepas berkahwin dengan pemain bola sepak kebangsaan, Haziq Nadzli.

Jelas Eyra dia tidak menolak sekiranya diberi rezeki anak pada tahun ini.

“Saya tidak mengandung pun. Peminat yang terlampau teruja menanti berita gembira daripada kami berdua.

“Kami hanya ‘go with the flow’ dengan soal anak ini. Kalau ada rezeki, alhamdulillah.

“Kalau takda lagi mungkin Allah ada rancangan lain untuk kami,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Puteri Yang Ditukar mendedahkan punca dirinya terlantar sakit.

“Saya dimasukkan ke wad baru-baru ini disebabkan dehidrasi dan tekanan darah tak stabil.

“Kami baru pindah rumah jadi banyak barang yang perlu diangkat.

“Saya pula kurang minum air. Habis kerja selalunya I terus tidur jadi situ la mulanya rasa tak sihat,” katanya lagi.

Terdahulu, foto Eyra terbaring tidak bermaya di katil hospital menimbulkan spekulasi bahawa sedang berbadan dua.

BACA: “Agak-Agak Nak Ada ‘Orang Baru’ Kot” – Netizen Speku Eyra Hazali Hamil

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Saya Tidak Meng4ndung Pun” – Eyra Hazali"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*