Gadis interview rakan menang pilihan raya kampus dedah alasan jatuh, rupa-rupanya ada sebab lain yang tak nampak dalam kamera!

 

“NAK tanya dia Iuka ke tak?”

Itu antara reaksi netizen yang simpati mengenai nasib seorang gadis yang terjatuh akibat ditolak seorang lelaki gara-gara melatah ketika ditemubual selepas memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini.

Video insiden itu yang disifatkan kelakar oleh netizen menjadi tular selepas dikongsi seorang gadis di Twitternya.

Rakaman berdurasi 33 saat itu mendapat lebih 550,000 tontonan, selain 21,700 ulang kicau dan 19,800 tanda suka di platform media sosial itu.

Gadis yang ditolak dalam video tular itu, Nurul Syazwina Adlina Mohamad Sirat berkata dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius tetapi mengakui agak terkejut dengan tindakan spontan rakan sekampusnya, Muhammad Ashraf Abdullah atau Acap.

Acap dan Syazwina antara 30 calon yang memenangi pilihan raya kampus mereka baru-baru ini.

“Saya cuma terkejut sekejap sebab time pandang tu saya nak tanya kenapa berdoa… then eh tiba-tiba dah terjatuh.

“Saya sebenarnya nak mengelak daripada tangan dia (Acap) tapi saya tengah tak stabil, tu yang jatuh.

“Tapi saya OK je tak sakit mana pun cuma lutut sakit sekejap je,” katanya kepada mStar.

Menurut penuntut Politeknik Muadzam Shah, Pahang itu, dia ditugaskan untuk menemubual Acap memandangkan dia merupakan wartawan yang ditugaskan membuat stand upper untuk kelab Unit Interaksi dan Multimedia (Uidm) kampusnya.

“Jadi saya kena buat liputan jika ada apa-apa event besar dekat tempat kami belajar. Waktu tu baru je habis pengumuman pemenang bagi pilihan raya kampus.

“Sebenarnya saya dan Acap menang pencalonan tu. Jadi saya pun putuskan nak interview Acap tapi tak sangka insiden kelakar berlaku,” kata gadis berusia 20 tahun itu.

Acap turut meminta maaf kepada Syazwina di atas tindakan spontannya itu.

Dalam pada itu, Acap menafikan dia melatah tetapi sebenarnya gugup memandangkan kali pertama ditemubual di depan kamera.

“Saya tak melatah pun orangnya cuma waktu tu saya sedikit gugup. Memang saya tak expect akan menang sebab tu saya tak buat skrip awal-awal.

“Saya pun tak fikir panjang dan tiba-tiba otak saya keluar perkataan berdoa. Kalau perasan (dalam video) saya macam tersedar balik… eh berdoa.

Bila ada time free masa kem tu saya tengok phone dan terkejut tengok kami berdua dah viral. Memang tak sangka dan malu jugalah sebab kami dah viral satu Malaysia.

MUHAMMAD ASHRAF ABDULLAH.

Penuntut Politeknik Muadzam Shah, Pahang.

“Lepas tu saya terus tertolak Syazwina. Semuanya berlaku secara spontan,” katanya.

Malah pemuda berusia 19 tahun itu berkata dia turut meminta maaf kepada Syazwina sejurus selepas insiden yang tidak disengajakan itu.

“Saya minta maaf kat dia sebab tak sengaja. Saya tanya kenapa dia jatuh? Dia beritahu mungkin nak elak saya dan masa tu dia berdiri dalam keadaan tidak stabil.

Acap, Syazwina bersama rakan-rakan lain semasa kem kepimpinan mereka selepas memenangi pilihan raya kampus baru-baru ini.

“Waktu tu memang malulah sebab ramai juga yang rakam. Kalau perasan ada video tambahan selepas insiden jatuh tu. Tapi kami ada buat rakaman lagi sekali selepas insiden tu,” katanya.

Acap berkata dia tidak menduga video insiden itu akan menjadi tumpuan netizen.

“Saya dan Syazwina sebenarnya lambat tahu video kami dah viral sebab kami dekat kem kepimpinan jadi tak tengok handphone sangat.

“Bila ada time free masa kem tu saya tengok phone dan terkejut tengok kami berdua dah viral. Memang tak sangka dan malu jugalah sebab kami dah viral satu Malaysia,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Gadis interview rakan menang pilihan raya kampus dedah alasan jatuh, rupa-rupanya ada sebab lain yang tak nampak dalam kamera!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*