“Allahu, ada baby” – Air Mata Lelaki Tumpah Lihat Pasangan 0KU Susah Payah, Bawa Bayi Naik Motosikal Senget Harung Jalan Raya

Kalau kita sangka dugaan dan ujian yang kita lalui dalam hidup ini susah, jangan lupa sebenarnya ada lagi manusia yang lebih susah daripada kita.

Menerusi perkongsian lelaki bernama Zairul Eizam di Facebook, air matanya tertumpah saat secara tak sengaja bertemu dengan pasangan OKU dan anak mereka yang menaiki motosikal di jalan raya.

“Dua kali saya menangls dengan asbab yang berlaku. Luluh hati” 

Menurut Zairul, semuanya bermula apabila dia sedang laju menunggang motosikal di Lebuhraya Guthrie baru-baru ni, sebelum terlihat sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan bahaya.

Bila diteliti, barulah Zairul perasan yang penunggang motosikal ini ada membawa seorang bayi bersama. Mereka kemudian berhenti di tepi jalan. Zairul terkejut apabila pasangan itu mula beri bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap. OKU Pendengaran rupanya.

Sumber: Facebook
“Kami dari Hospital Ampang. Check up baby. Ada masalah hearing” 

Sumber: Facebook
“Kawan-kawan, jika datangnya peluang untuk kita bantu, kita cepat-cepat hulurkan bantuan” 

 

Sumber: Facebook
Saya sempat produce video khidmat masyarakat ini untuk tontonan kalian. Bantulah mereka. Jika mampu, dermalah atau berkongsi entri ini kepada orang lain.

Netizen yang membaca kisah s3dih ini sangat tersentuh dengan apa yang menimpa keluarga pasangan 0KU tersebut. Semuanya mendoakan semoga urusan mereka dipermudahkan. InsyaAllah…


Sumber: Facebook

Bagi mereka yang nak hulurkan bantuan, korang bolehlah rujuk account bank pasangan OKU ni di atas. Hari ini kita bantu orang, mana tahu esok Allah turunkan orang lain pula untuk bantu kita. 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: LOBAK MERAH

Be the first to comment on "“Allahu, ada baby” – Air Mata Lelaki Tumpah Lihat Pasangan 0KU Susah Payah, Bawa Bayi Naik Motosikal Senget Harung Jalan Raya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*