Ayie Floor88 r3bah lagi, pengsan ketika persembahan ‘live’ di Negeri Sembilan

PERSEMBAHAN kumpulan Floor88 terpaksa dihentikan apabila vokalisnya, Ayie dengan tiba-tiba r3bah dan tidak sedarkan diri.

Situasi menc3maskan itu berlaku ketika mereka menjayakan satu persembahan pentas di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Selasa malam.

Menerusi Instagram rasmi Floor88, kumpulan itu memohon maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat meneruskan persembahan mereka.

“Kami Floor88 memohon maaf kerana tidak dapat meneruskan persembahan di Konsert Gempak Negeri FM. Kami akan berikan perkembangan penuh tentang kesihatan Ayie.

“Terima kasih kepada yang hadir dan tidak putus mendoakan kesihatan Ayie,” tulis pengendali akaun itu.

Floor88 berkongsi rakaman kejadian di Instagram rasmi mereka.

Untuk rekod, pada 2017 Ayie pernah r3bah di studio ketika kumpulan itu sedang membuat rakaman.

Sementara itu, pihak pengurusan Floor88 iaitu Rusa Music mengesahkan mengenai kejadian berkenaan dan memberitahu keletihan menjadi punca insiden tersebut berlaku.

Bagaimanapun, Ayie kini dilaporkan berada dalam keadaan baik dan stabil.

“Alhamdulillah Ayie dah okay, malam semalam semasa perform lagu kedua dia r3bah, mungkin kerana terlalu penat dengan beberapa persembahan sebelum itu.

“Tambah pula ada smoke machine depan dia, lagi membuatkan dia tak tahan… tapi sekarang semuanya dah okay, Ayie pun dah sedar.

“Sekarang ini mereka masih di Negeri Sembilan dan akan pulang ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat… d0kt0r hanya minta dia berehat sahaja,” katanya.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Ayie Floor88 r3bah lagi, pengsan ketika persembahan ‘live’ di Negeri Sembilan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*