“Dia Adalah Seorang Kawan Yang Sangat Baik” – Air Mata Nabil Ahmad Gugur Kerana ..

Pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mendedahkan Neelofa seorang kawan yang baik dalam hubungan persahabatan mereka.

Kata Nabil, Neelofa adalah individu yang ada bersamanya ketika saat dirinya memerlukan pertolongan.

“Saya hanya cakap dekat sini saja dan dia pun akan dengar di sini. Saya tak pernah cakap yang dia adalah seorang kawan yang sangat baik.

“Saya pernah ditimpa masalah dan dekat dia saya minta pertolongan. Dia ada masa tu untuk tolong saya. 

“Persahabatan kami dibina dari dalaman. Kita tak perlu cakap tapi masing-masing tahu. Dia kawan yang baik untuk saya dan saya juga baik untuk dia,” katanya di Youtube Lupk TV slot eksklusif.

Dalam pada itu, pemilik nama Ahmad Nabil Ahmad akui berasa sedih kerana sudah tujuh tahun mereka mengendalikan program MeleTOP bersama-sama.

“Masa bulan Ramadan, kami akan berbuka puasa bersama.

“Setiap tahun kami akan beraya dulu, saya bawa ahli keluarga sekali. Tapi selepas ini dah tak ada lagi.

“Memang la sedih. Mustahil tak sedih. Namun dalam industri hiburan ini memang biasa, akan ada fasa ‘move on’,” katanya lagi sambil mengesat air mata.

Pada 3 Disember lalu, Neelofa mengumumkan akan mengundur diri sebagai pengacara MeleTop selepas tujuh tahun mengendalikan program itu.

MeleTOP disiarkan secara langsung setiap hari Selasa pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "“Dia Adalah Seorang Kawan Yang Sangat Baik” – Air Mata Nabil Ahmad Gugur Kerana .."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*