Gempar misteri lembu tiga tanduk – Dunia

KECOH apabila seekor lembu bertanduk tiga dikatakan dirakamkan di Uganda sehingga mencetuskan tanda tanya.

Klip yang ditonton lebih 3.5 juta kali itu merakamkan haiwan berkenaan di sebuah padang.

Tiada yang pelik pada permulaan klip video, tetapi sebaik haiwan itu bergerak, kelihatan ia mempunyai tiga tanduk.

Lembu yang mempunyai tiga tanduk itu kelihatan seperti unicorn.

Apabila haiwan itu menggerakkan kepalanya, salah satu tanduk dilihat lebih kecil berbanding yang lain.

Pengembala lembu, Rubabinda memuat naik video tersebut di laman Twitter beberapa hari lalu, sehingga menyebabkan ramai yang keliru.

“Wah, ini menakjubkan,” tulis seorang netizen.

“Lembu itu tidak patut dijual atau disembelih,” cadangan yang lain.

Bagaimanapun, segelintir yang lain mempersoalkan sama ada rakaman tersebut adalah tulen atau telah dipalsukan. – Daily Star

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Gempar misteri lembu tiga tanduk – Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*