Aktor Norman Hakim berkongsi detik cemas sewaktu bekas isterinya, pelakon Abby Abadi terpaksa menjalani pembedahan untuk melahirkan bayi yang dikandung selepas mengalami ‘turun d4rah’.
Menurut Norman, dia tidak pernah menceritakan perkara ini kepada Abby sebelum ini.
Norman menceritakan perkara itu menerusi posting terbaru diakaun Instagramnya sempena ulang tahun kelahiran Abby yang ke-42.
“Sanah Helwah, selamat ulang tahun kelahiran yang ke-42 mama kepada cahaya-cahaya mataku @abby_abadi112.
“Ntah la bok… Tapi birthday awak kali ni saya rasa hiba sangat. Hiba tanda syukur sebab awak masih lagi ‘survived’ dalam hidup duniawi ni.
“Allah S.W.T dan kita-kita je (@jaiezzany dan @memeysuhaiza) yang tahu betapa kritikalnya keadaan awak masa awak tumpah d4rah nak selamatkan baby Danial Firman Faizal hari tu.
“Saya tak pernah cerita kat awak part ni. Bila Jai beritahu pada saya dan Memey yang awak tumpah d4rah dan nak kena selamatkan SALAH SEORANG, masa tu saya terasa dunia berhenti sekejap.
“Saya tengok Memey, Memey tengok saya dan terus kitaorang nangis-nangis. Spontaneously Memey suruh saya pergi dulu bawa motor ke hospital buat apa-apa yang sepatutnya dan bagi support kat Jai.
“Masa tu hujan lebat bok, saya bawak motor full throttle sampai terangkat-angkat tayar depan pergi hospital.
“Saya nangis dongak ke langit mohon pada Allah S.W.T tolong selamatkan kedua-dua awak dan baby Danial sebab kan salah satu doa yang Insya-Allah mustajab adalah masa tengah hujan. Org tak akan perasan saya menangis masa tu sebab dah tak boleh nak bezakan antara air hujan dan air mata.
“Masa insiden tu Bok, baru kitaorang sedar yang kitaorang sangat menyayangi awak Lillahita’ala. Hanya Allah S.W.T, saya, @memeysuhaiza, @jaiezzany yang tahu kasih sayang kita ni.
“Long story short… Alhamdulillah Allah S.W.T perkenankan doa saya dan beribu-ribu yang lain yang berterusan doakan awak dan baby Danial sampai ke hari ni. Alhamdulillah, syukur.
“Dan hari ni Allah S.W.T bagi izin untuk awak bernafas untuk ulang tahun kelahiran yang ke sekian kali bersama baby Danial dan yang tersayang.
“Kitaorang sayang awak sangat-sangat Bok. Awak insan hebat yang mempunyai hati dan aura yang luar biasa.
“Dan saya personally berterima kasih banyak-banyak kat awak dan juga @memeysuhaiza sentiasa berusaha menjadi mama dan mummy terbaik buat anak-anak saya dengan izin dari-Nya.
“We love you Bok. Semoga awak sentiasa didalam lindungan, rahmat dan kasih sayang Allah S.W.T Amin Ya Rabb,” coretnya.
Terdahulu, Abby yang hamil enam bulan dimasukkan ke hospital selepas mengalami tekanan d4rah tinggi yang berbahaya.
Pada tahun 2017, Abby pernah mengalami keguguran ketika usia kandungannya berusia lima bulan.
Sebelum ini Norman pernah berkahwin dengan Abby pada tahun 2002 dan bercerai pada tahun 2008.
Hasil perkahwinan, Norman dan Abby dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.
Norman kemdian mendirikan rumah tangga dengan Memey Suhaiza pada tahun 2011.
Hasil perkahwinan kedua itu, mereka dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Darwisz Hakim, Muhammad Dikhriz Hakim dan seorang anak perempuan, Mikayla Delisha Hakim
Manakala Abby mendirikan rumah tangga dengan Faizal Zakaria pada 14 Ogos 2015.
Abby dan Faizal turut mempunyai dua orang anak angkat bernama Muhammad Daiyan Fayyad dan Maisara Dayana Fathia.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“Tumpah Dar4h, Kena Selamatkan Salah Seorang, Masa Tu…” – Norman Hakim Kongsi Detik Cemas Abby Abadi Bersalin"