Sekumpulan Pelajar Di Melaka Pesta Tengah Jalan Habis SPM, Sekolah Lain Bvat Sujvd Syukur

Semalam, telah berakhir peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), jadi dapatlah kita lihat pelbagai jenis ragam pelajar-pelajar lepasan SPM meraikan ‘hari merdeka’ dengan pelbagai cara.

Terbaru, sekumpulan pelajar yang dipercayai lokasinya di Melaka, sempat berpesta di sekitar laluan utama pesisir Pantai Klebang, Pantai Puteri dan Bandar Hilir selepas tamat peperiksaan.

Mereka berkumpul di tengah-tengah jalan dengan melakukan pelbagai aktiviti tidak sihat. Malah, kumpulan terbabit termasuk pelajar perempuan ini juga turut menunjukkan lagak ‘samseng’ dengan membuat pelbagai aksi di atas jalan raya.

Tindakan mereka itu cukup mengganggu ketenteraman awam dengan bunyi bising dan menyusahkan pengguna jalan raya sehingga perjalanan terganggu.

Difahamkan, pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap kumpulan pelajar terbabit yang memiliki pelbagai kesalahan termasuk, tiada lesen memandu, cukai perjalanan yang tamat tempoh dan ubah suai kenderaan.

Sementara itu, dalam pada ramai yang merai dengan ‘pesta’ di jalan raya, terdapat beberapa foto yang dikongsikan memaparkan pelajar-pelajar dari pelbagai sekolah melakukan sujud syukur dan solat sunat setelah selesai peperiksaan.

Sebernarnya, tidak salah untuk meraikan tetapi yang menjadi isu adalah cara mereka itu, yang menggambarkan keruntuhan akhlak anak muda zaman sekarang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber : Astro Awani via kL PRESS

Be the first to comment on "Sekumpulan Pelajar Di Melaka Pesta Tengah Jalan Habis SPM, Sekolah Lain Bvat Sujvd Syukur"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*