Sempat Lagi Buat ‘Magic’ Masa Masuk Di Istiadat Konvokesyen, Ini Kisahnya…

Majlis istiadat konvokesyen kebiasaannya dibuat bagi meraikan para graduan yang berjaya menamatkan pelajaran mereka di institusi pengajian tinggi. Tidak kira di insititut pengajian tinggi awam mahupun swasta, ia adalah acara wajib yang diadakan sekurang-kurangnya setahun sekali.

Menjadi salah satu acara formal dimana menuntut graduan dan para jemputan yang hadir untuk mematuhi protokol yang sepatutnya, majlis ini menjadi antara yang terpenting dan mungkin momen paling bersejarah dalam kehidupan seseorang itu.

Terbaru tular di sosial media dengan satu rakaman yang memaparkan graduan di International Islamic University Malaysia (IIUM) di majlis istiadat konvokesyen mereka.

Dalam rakaman pendek hanya empat saat itu, kelihatan para graduan sedang memasuki dewan istiadat sebelum acara konvokesyen tersebut bermula. Rakaman yang ditayangkan di luar atau dalam bilik berasingan itu menunjukkan salah seorang graduan sempat mempamerkan aksinya membuat silap mata menggunakan kad.

Berikut adalah rakaman graduan tersebut:

Menyempat lagi tunjuk skill. Rakaman tersebut telah meraih lebih 146,000 tontonan dan 3,700 retweets serta 4,300 likes.

Rata-rata netizen meninggalkan reaksi mereka di ruangan komen seperti berikut:

“Sempat buat magic”

“Tengok banyak kali baru faham”

“Wow hahaha”

Di ruangan komen juga difahamkan graduan tersebut adalah Fakhrul Ramadhan atau lebih dikenali dengan nama Fakhrul Illusionz yang sememangnya hebat melakukan silap mata. Biarpun dalam masa hanya 4 saat itu, dia bijak menggunakan tempoh masa singkat untuk membuat silap mata ringkas.

Menerusi carian kami juga, Fakhrul Ramadhan memiliki siaran YouTube miliknya sendiri dengan menggunakan nama yang sama.

Berikut adalah aksinya membuat silap mata dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 pada Julai lalu.

Menurut lelaki ini dia sudah berkecimpung dalam dunia silap mata sejak berusia 11 tahun. Daripada hobi dan minat untuk belajar membuat silap mata, akhirnya ia menjadi sumber pendapatan. Luarbiasa bakat lelaki ini. Hebat dan tahniah anak muda!

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Twitter / Fakhrul Ramadhan via HCL

Be the first to comment on "Sempat Lagi Buat ‘Magic’ Masa Masuk Di Istiadat Konvokesyen, Ini Kisahnya…"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*