Pesanan T3rakhir Kawan Sebelum Aj4l Dis4mbar P3tir

 

“Aku lewat sikit, patah balik sat ambil handset tertinggal, mana tau jadi apa-apa kat aku nanti.” Itulah kata-kata terakhir rakannya sebelum dia menemui aj4l akibat dis4mbar p3tir ketika sedang berehat di bawah pokok durian semalam, 16 Disember 2020.

Memetik laporan Harian Metro, mangsa yang dikenali sebagai Mohd Isa Abdul Rani, 50 dikatakan m4ut dip4nah p3tir ketika melakukan kerja memot0ng rumput di Kebun Durian di Bukit Limau, Permatang Kerat Telunjuk, Bandar Baru, Kedah pada pukul 3.30 petang.

Menurut rakannya, Hairul Hafizi Ismail, 44, sebelum mereka mula bekerja, rakannya itu ada menghubunginya untuk memberitahu dia lewat sedikit kerana terpaksa berpatah balik ke rumah kerana tertinggal handphone.

 

Tak sangka pesanan terakhir kawan jadi kenyataan

Tambahnya, dia tidak menyangka bahawa pesanan bahawa sesuatu akan berlaku kepada dirinya itu bakal menjadi kenyataan.

Saya tak sangka pesanan sesuatu akan terjadi ke atas dirinya itu petanda dia akan meninggalkan kami. 

Menurutnya, dia dan dua orang lagi rakan mereka telah berhenti memotong rumput gara-gara hujan lebat. Arwah dikatakan sedang berteduh bersendirian di bawah pokok durian, manakala mereka bertiga pula berteduh di bawah sebuah pondok yang berjarak hanya 3 meter dari tempat arwah tersebut.

 

Nampak api kilat terkena rakan

Tiba-tiba kilat menyambar pokok durian di kawasan arwah berteduh dan percikan api kilat terkena pada arwah yang sedang berbaring. 

Melihat keadaan rakannya yang tidak bergerak setelah dis4mbar p3tir, mereka berusaha untuk memanggil namanya berulang kali namun masih tiada tindak balas. Sebaik dihampiri, mangsa berada dalam keadaan tercungap-cungap dan tidak sedarkan diri.

Panik dengan situasi itu, mereka terus menghubungi penyelia untuk memaklumkan kejadian itu sebelum sepasukan anggota p0lis dan b0mba tiba di lokasi dan membawa mangsa ke Hospital Parit Buntar.

Bagaimanapun, kami difahamkan arwah meninggal dunia di lokasi. 

 

Terkilan bapa tak sempat lihat anak tamat pengajian

Anak sulung mangsa, Nurul Natasha, 20 berkata, dia telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut oleh rakan bapanya melalui panggilan telefon.

Pemergian ayah amat dirasai kerana ayah tidak sempat untuk melihat saya menamatkan pengajian di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu tahun ini. 

 

Tambahnya, adiknya, Muhammad Amirul Aiman, 18 juga difahamkan dapat menyambung pengajian di Kolej Kemahiran Tinggi Mara (KKTM) di Pulau Pinang pada Januari tahun hadapan.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Al Ridzuan, Alor Pongsu pada jam 10 pagi hari ini.

Takziah min ucapkan buat keluarga. Kalau petir min nasihatkan korang jangan berteduh bawah pokok, sebaiknya cari tempat yang berbumbung. 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : Lobak Merah

Be the first to comment on "Pesanan T3rakhir Kawan Sebelum Aj4l Dis4mbar P3tir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*