Sudah beberapa minggu, peminat rancangan realiti Mentor Milenia 2019 dapat melihat nyanyian hebat dari peserta-peserta.
Bagaimanapun, pembabitan penyanyi popular Stacy atau Ummu Syaikhah Stacy Anam sebagai mentor menerusi rancangan itu juga mendapat perhatian ramai.
Ahad lalu pula, selain persembahan juga penampilan isteri kepada penyanyi popular Akim ini dipuji ramai dengan mengenakan gaya serba hijau dan tampil sangat menawan.
Apatah lagi dengan solekan makeup dikenakan pada wajahnya juga membuatkan dia tampil berbeza dan ramai peminat memuji Stacy. Cantik!
Namun begitu, siapa menyangka Datuk Alha Alfa yang turut terkenal sebagai jurusolek yang telah ‘makeup’ untuk penyanyi itu bagi rancangan berkenaan.
Datuk Alha juga berkesempatan untuk berkongsikan wajah Stacy dilaman Instagram membuatkan ramai meninggalkan respon positif selain turut suka dengan warna digayakan Stacy.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: Stacy, Alha Alfa via HCl
Be the first to comment on "Gaya tampil berbeza Stacy, serba ‘hijau’ dipuji rupanya Datuk Alha Alfa…"