Sudah tidak perlu lagi diperkenalkan, selepas kemenangan selebriti cantik Mira Filzah yang dinobatkan Bintang Paling Popular ABPBH 32 kali ini pula dia merangkul Ratu Telenovela 2019.
Bagaimanapun, apa yang mencuri tumpuan ramai juga penampilannya di majlis anugerah tersebut mendapat pujian peminat apabila tampil begitu menawan.
Busana digayakan serba grey dan perincian pada dress berkenaan turut menambahkan seri pelakon Sweet Dreams ini. Mira juga tidak ketinggalan berkongsikan beberapa keping foto dilaman Instagram.
Penampilan cantiknya juga meraih lebih 100,000 tanda suka dan diruangan komen juga peminat serta rakan selebriti tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan tahniah atas anugerah diterimanya.
Dalam pada itu, video dikongsikan oleh Mira buat peminatnya juga meraih ribuan tontonan yang mana rata-ratanya memuji kecantikan pelakon popular ini.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: Mira Filzah via HCL
Be the first to comment on "Mira Filzah rangkul Ratu Telenovela, gaya serba ‘grey’ 7 foto & video jadi perhatian!"