Jika sebelum ini, Yoe Parey mendapat pujian ramai kerana berjaya melakonkan watak sedih namun kini pula giliran Asif.
Umum ramai mengetahui, kedua-dua mereka merupakan pelakon terkenal ‘Drama Spontan’ yang cukup popular dan lakonan lucu mereka membuatkan ramai terhibur.
Disebabkan itu juga, netizen semakin meminati mereka namun siapa menyangka kedua mereka berjaya membawa watak sedih dengan baik.
Asif dan Yoe dipuji ramai
Meskipun Syahmi Sazli berkongsikan video pendek sahaja dilaman Instagram miliknya namun ia sudah membuatkan peminat meremang sehingga mengulang tayang.
Syahmi berkata Asif pertama kali berlakon serius dan sedih namun sangat menjadi dan berkongsikan kepada pengikut untuk lihat video penuh dilaman YouTube miliknya.
Namun begitu, posting Syahmi ini membuatkan ia menjadi perhatian ramai sehingga memperoleh lebih 90,000 tanda suka dalam masa yang sekejap.
Diruangan komen pula, lebih seribu maklum balas ditinggalkan dan mereka memberikan pelbagai kata-kata positif dengan lakonan Asif.
Asif dan Yoe patut menang…
Terbaik Asif…
Malah ada juga yang meminta untuk sambungan pula selain memberikan respon luar biasa buat lakonan terbaru Asif itu.
Power… sambung Mi sambung
Meremang bila tengok…
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: Syahmi Sazli via HCL
Be the first to comment on "“Patut menang ABPBH…”- Lepas Yoe, netizen ‘meremang’ pula lihat Asif berlakon serius!"