Dulu Tak Terfikir Nak Ada Anak, Sekarang Jehan Miskin Tak Sabar Nak Tunggu Isteri Bersalin

 

Jehan Miskin, 41 dah tak sabar menantikan kelahiran anak sulungnya.

Mana tidaknya, selepas lapan tahun berkahwin, isterinya  Julie Camelia Rhee Abdullah,36 hamil.

Sebelum ini Jehan kata doa tak terfikir nak timan anak sehinggalah Julie meluahkan hasrat mahu menjadi ibu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin)

“Sebenarnya masa mula-mula kahwin, kami tidak fikir sangat soal cahaya mata kerana kami bahagia berdua. Namun, memikirkan kami sudah lama bersama, kami terbuka hati dengan idea (anak) itu beberapa tahun kebelakangan ini, lebih-lebih selepas bapa saya meninggal dunia.

“Tiba-tiba isteri menyatakan keterujaan betapa gembiranya dia jika memiliki seorang anak tahun lalu. Alhamdulillah, dia terus hamil pada minggu yang sama,” katanya kepada Harian Metro.

 

Foto: IG

 

 

Tambah Jehan, dia menjangka usaha itu akan mengambil masa beberapa tahun namun bersyukur kerana rezeki sampai dengan begitu pantas.

“Kami memang sudah bersedia untuk ada anak. Ia ibarat bonus kejutan di waktu pandemik ini memandangkan kita tidak dapat melancong ke luar negara.”

 

 

Jehan dan isteri yang uga merupakan warga Korea Selatan itu berkahwin pada 2013. -CARI

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Jehan Miskin (@jehan_miskin)

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Trenster Network

Sumber : CARI Infonet

Be the first to comment on "Dulu Tak Terfikir Nak Ada Anak, Sekarang Jehan Miskin Tak Sabar Nak Tunggu Isteri Bersalin"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*