Kalau kita sangka dugaan dan ujian yang kita lalui dalam hidup ini susah, jangan lupa sebenarnya ada lagi manusia yang lebih susah daripada kita.
Menerusi perkongsian lelaki bernama Zairul Eizam di Facebook, air matanya tertumpah saat secara tak sengaja bertemu dengan pasangan OKU dan anak mereka yang menaiki motosikal di jalan raya.
“Dua kali saya menangls dengan asbab yang berlaku. Luluh hati”
Menurut Zairul, semuanya bermula apabila dia sedang laju menunggang motosikal di Lebuhraya Guthrie baru-baru ni, sebelum terlihat sebuah motosikal yang ditunggang dalam keadaan bahaya.
Bila diteliti, barulah Zairul perasan yang penunggang motosikal ini ada membawa seorang bayi bersama. Mereka kemudian berhenti di tepi jalan. Zairul terkejut apabila pasangan itu mula beri bahasa isyarat yang mereka tak boleh bercakap. OKU Pendengaran rupanya.
Be the first to commenton "“Allahu, ada baby” – Air Mata Lelaki Tumpah Lihat Pasangan 0KU Susah Payah, Bawa Bayi Naik Motosikal Senget Harung Jalan Raya"
Be the first to comment on "“Allahu, ada baby” – Air Mata Lelaki Tumpah Lihat Pasangan 0KU Susah Payah, Bawa Bayi Naik Motosikal Senget Harung Jalan Raya"