4 tahun tinggalkan Running Man, Gary ‘sah’ sertai Superman Returns

Meskipun, sudah hampir 4 tahun meninggalkan rancangan popular Running Man namun nama penyanyi rap ini, Gary masih lagi meniti di bibir peminatnya.

Gary sertai Superman Returns

Tak disangka, Gary memberikan khabar gembira sehinggakan dia hangat diperkatakan ramai sejak semalam. Ini kerana, dia telah dilaporkan bakal sertai satu rancangan realiti popular ‘Superman Returns.’

Rasanya, ramai merindui gelagat lucu dan lawak selamba daripada selebriti dari Korea ini apatah lagi selama tempoh dia meninggalkan rancangan Running Man, Gary difahamkan sudah lama tidak muncul dimana-mana rancangan televisyen.

Membuatkan ramai peminatnya gembira, apabila Gary berkahwin dengan wanita pilihannya pada April tahun 2017.

Apatah lagi, penyanyi rap ini telah dikurniakan seorang cahaya mata sulung, Kang Ha Oh dan perkara berkenaan membuatkan peminatnya gembira dengan perkembangan baik selebriti ini. Anak penyanyi popular ini bagaimanapun, sudah berusia 2 tahun 2 bulan.

Tambah pula, anak kepada selebriti ini dikhabarkan seperti dirinya kerana dikatakan turut meminati muzik dan menyanyi serta suka bermain dengan pelbagai alatan muzik.

Bagaimanapun menerusi laman portal di Facebook, rata-rata meluahkan rasa senang mereka setelah mendengar berita Gary sertai Superman Returns yang turut tular di Malaysia.

Selain itu, netizen turut mengharapkan agar Gary juga bakal kembali menerusi rancangan Running Man setelah enam bertahun bergelar peserta.

“Harapnya dalam Running Man pun…”

“Yeayyy… dah lama xtengok…”

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Allkpop, Beautiful Nara via HCL

Be the first to comment on "4 tahun tinggalkan Running Man, Gary ‘sah’ sertai Superman Returns"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*