Sama-sama tak sempurna… babak dua rakan suap rakan ‘anak syurga’ buat ramai bergenang air mata

 

“PENUH keikhlasan dan kasih sayang,” demikian komen netizen yang tersentuh hati melihat keakraban tiga sekawan yang saling bantu membantu pada hari pertama sesi persekolahan, Khamis.

Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Ct Hajar Ibrahim, dia sempat merakamkan detik meruntun hati yang mana dua pelajar menyuapkan makanan ke mulut seorang rakan mereka yang merupakan ‘anak syurga’.

Apa yang lebih menyentuh hati, ketiga-tiga mereka dipercayai adalah golongan istimewa.

“Sempat merakam babak istimewa yang indah. Kasihnya sang sahabat,” tulis wanita tersebut menerusi postingnya pada Khamis.

Dia yang merupakan pembantu makmal di sekolah tersebut turut memuat naik dua keping gambar dalam perkongsiannya, bagi menceritakan betapa tulusnya persahabatan tiga pelajar istimewa berkenaan.

Perkongsian seorang pengguna Facebook mengenai keakraban tiga sekawan yang menjadi tular di media sosial.

Wanita itu juga meletakkan tanda pagar #anakanaksyurga  dan #kelaspendidikankhas pada perkongsian tersebut.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, dua pelajar perempuan berkenaan bergilir-gilir menyuapkan makanan kepada rakan mereka ketika sedang berada di kantin.

Kedua-duanya pula langsung tidak kelihatan kekok membantu rakan mereka, malah terpancar keihklasan dan kesungguhan di wajah masing-masing.

Perkongsian tersebut menjadi tular di media sosial lantaran netizen begitu terkesan dengan keakraban tiga sekawan itu yang disifatkan begitu tulus dan suci.

Antara komen netizen yang tersentuh hati melihat keakraban hubungan tiga pelajar istimewa tersebut. 

Netizen juga melahirkan rasa kagum apabila melihat pelajar daripada golongan istimewa itu begitu berdikari dan sedaya upaya membantu sungguhpun diri sendiri juga tidak sempurna.

“Kadangkala lagi bangga tengok hubungan kawan antara depa (mereka) ini. Walaupun kadang-kadang tak mampu uruskan diri. Tapi mereka akan saling membantu antara satu sama lain. Persahabatan yang suci,” komen seorang pelayar.

“Penuh keikhlasan dan kasih sayang… anak-anak syurga,” tulis pelayar lain.

“Pemilik hati-hati yang bersih,” komen pelayar yang lain pula. 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Sama-sama tak sempurna… babak dua rakan suap rakan ‘anak syurga’ buat ramai bergenang air mata"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*