“Nanti Kalau Saya Tak Ada, Awak Akan Teringat Kat Saya,”- Mawar Potongkan Kuku Raf 4 Pagi, Sweetnya!

Pelakon Raf Yaakob berkongsi video mendedahkan perangai isterinya, Mawar Rashid yang disifatkan sebagai seorang yang cukup ‘sweet’.
 
Video tersebut memaparkan aksi Mawar bertindak datang kepadanya yang sedang menonton perlawanan bola sepak semata-mata untuk memotong kuku jarinya pada pukul 4 pagi.
 
“Tengah tengok perlawanan Manchester United, datang pulak si dia. Biarpun  Manchester United kalah, Raf masih mampu tersenyum. Macam tu pun boleh eh,” tulis Raf di ruangan kapsyen menerusi entri terbaru di Instagram TV (IGTV) miliknya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Tengah tengok Man Utd punya game, datang pulak si dia. Biarpun Man Utd kalah, Raf masih mampu tersenyum. Camtu pun boleh eh 😅

Siaran dikongsi oleh Raden Ahmad Faizal Bin Yaakob (@rafyaakob) pada

Dalam video tersebut, Mawar memberitahu dia sengaja mahu membantu suaminya memotong kuku agar dirinya sentiasa dalam ingatan Raf.
 
“Ye lah, nanti esok-esok lupa, tak potong-potong lagi. Alang-alang.
 
“Nanti kalau saya tak ada, awak akan teringat kat saya, ‘siapa nak potong kuku saya’. Kalau potong kuku, awak akan lagi ingat,” jawab Mawar ketika Raf mempersoalkan mengapa dia sanggup berbuat demikian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "“Nanti Kalau Saya Tak Ada, Awak Akan Teringat Kat Saya,”- Mawar Potongkan Kuku Raf 4 Pagi, Sweetnya!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*