Elly Mazlein s3dih ‘Kampung People’ hampir tamat, ramai mahu sambungan!

Sejak ditayangkan dikaca televisyen, drama bertajuk Kampung People di Slot Lestary TV3 pada 11 Disember lalu, ianya mendapat maklum balas luar biasa daripada penonton.

Mana taknya, baru satu episod sahaja sudah membuatkan penonton sekaligus peminat drama tempatan jatuh hati. Terutama dengan lakonan lucu yang tidak dapat dinafikan juga sentiasa terhibur dengan watak-watak dalam drama berkenaan.

Malahan, menerusi laman sosial juga drama Kampung People hangat diperkatakan ramai kerana memberikan kelainan dalam industri seni tanah air.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa drama ini hanya bersiaran sebanyak 13 episod dan sehingga kini sudah 11 episod mewarnai penonton.

‘Kampung People’ hampir tamat

Menerusi Instagram milik pelakon drama berkenaan, Elly Mazlein juga berkongsikan perkara itu kepada pengikut dan peminat.

Namun begitu, gara-gara drama berkenaan hampir tamat membuatkan ramai meluahkan mahu ‘Kampung People’ disambungkan.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Minah selamat tanya , awk mampu tido dengko pakej buka mata ?? Mampoooooo?? 🤣🤣🤣🤣🤣 . Apaaaaa Da episode 11 .. ohhh nooooooo tinggal lg 2 episode 😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭😭 . Keluarga #anehaneh akn menghantui anda bermula mlm ni .. slot lestary.. setiap rabu hingga Jumaat.. jam 9mlm hanya d #Tv3 agitchuuuuuu . Rugi klu x tgk .. anda akn ketawa sepnjng masa sbab #kampungpeople ni smua orgnya #anehaneh 🤣🤣🤣🤣 . Yg tgh besedih, yg tgh stress, yg tgh rengsekkkk, yg tgh marah.. yg tgh sunyi, yg tgh sakit hati, yg tgh lapa ,mehhhh tgk #kampungpeople .. pasti buat anda sakit perut ketawa smpai muka jd biru ala ala lebammmm camtoooo haaaaa 🤣🤣🤣🤣🤣 . Jgn lupa tau mlm ni .. 9mlm di #Tv3 #kampungpeople pommmmm❤❤❤ . @dramasangat #dramasangat #TV3Malaysia #KampungPeople #Lestary

Siaran dikongsi oleh ELSefhia (@iamellymazlein) pada

Rata-rata netizen merasa s3dih apatah lagi, tidak pernah ketinggalan mengikuti setiap episod dikaca televisyen siaran TV3. Ternyata, netizen turut mengharapkan drama Kampung People mempunyai siri yang kedua.

“Harap ada Kampung People siri 2 nanti, bersiri2”

“Ala nape dah nak habess”

“Please sambung lagi KP ni sis… tak mampu kami…”

 

Dalam pada itu, Elly Mazlein turut meluahkan rasa s3dih menerusi satu video terbaru dikongsikan dan gelagatnya seperti membawa watak dalam drama itu turut mencuit hati ramai.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Elly Mazlein via HCL

Be the first to comment on "Elly Mazlein s3dih ‘Kampung People’ hampir tamat, ramai mahu sambungan!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*