Peminat Cadang Hos Baru MeleTOP, Jihan Dan Sherry Paling Banyak Undian

 

Menjelang tahun 2020, salah satu rancangan televisyen paling popular di Malaysia kehilangan salah seorang pengacaranya.

Semalam menjadi hari yang paling memberi kesan kepada peminat-peminat Neelofa dan MeleTOP selepas hos ikonik itu akhirnya meninggalkan rancangan yang telah menjadi periuk nasinya selama 7 tahun.

Neelofa undur diri.

Sepanjang mengacarakan episod terakhirnya bersama rakan hos Nabil Ahmad, ramai penonton dan peminat yang tidak dapat menahan kesedihan.

Malah Nabil yang sudah menjadi seperti abang kepada Neelofa setelah bertahun-tahun mengacara bersama, sukar untuk melihat dia mengundurkan diri.

Namun penonton dan peminat terpaksa menerima kenyataan dan menghormati keputusan Neelofa serta mendoakan yang terbaik untuk kerjayanya pada masa hadapan.

Dalam pada masa yang sama, peminat tegar Neelofa dan MeleTOP membawa ke Twitter untuk meluahkan pendapat siapa yang layak menggantikan tempat hos berkebolehan besar itu.

Antara nama-nama yang disebut-sebut sebagai hos baru MeleTOP termasuklah Mira Filzah dan Ain Edruce. Namun Ain telah membuat kenyataannya di Twitter bahawa dia tidak dipilih dan meminta netizen untuk berhenti berharap.

Selain itu, ada juga yang berpendapat gandingan paling sesuai untuk Nabil adalah seorang yang tahan untuk dibahan, seperti Jihan Muse atau Sherry Alhadad.

Rata-rata netizen turut bersetuju dengan cadangan dua pengacara hebat itu sebagai hos baru meleTOP.

“Kalau dua2 melawak sampai ke sudahnya tak habis…”

“Cri host yg jenis2 Lofa jgk…”

“Bella Khan lah…”


“Elly Mazlein pun okayyy…”


“Jihan bcs dia banyak chemistry ngn Nabil…”

“Tak rasa macam nanti tengok Gegar Vaganza ke???”

“Nabil sesuai dgn 3 org pengacara ni je…”

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Twitter via HCL

Be the first to comment on "Peminat Cadang Hos Baru MeleTOP, Jihan Dan Sherry Paling Banyak Undian"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*