Bantu Pelancong Hong Kong Terkandas Di Singapura, Abang ‘Pilot’ Ini Diangkat Sebagai Hero Malaysia! Cayalah!

Seorang individu yang dikatakan bekerja sebagai juruterbang di sebuah syarikat penerbangan diangkat sebagai ‘hero Malaysia’ apabila tindakannya membantu pasangan pelancong dari Hong Kong menjadi viral.
 
Rakaman berdurasi lebih 19 minit itu dipaparkan menerusi saluran YouTube pasangan itu sendiri iaitu iChang Hong Kong.
 
Difahamkan, kisah berkenaan bermula apabila kedua-dua pelancong itu terkandas di Lapangan Terbang Changi, Singapura selepas bas yang sepatutnya membawa mereka ke Johor Bahru tidak muncul-muncul.
 
Mereka walaubagaimanapun ‘diselamatkan’ oleh individu dikenali sebagai Fadzil yang kebetulan menunggu kedatangan bas terakhir.
 
Malah, Fadzil turut membantu pasangan berkenaan mendapatkan perkhidmatan e-hailing sebaik melepasi sempadan Singapura ke Johor Bahru.
 
Tidak cukup dengan itu Fadzil turut membuktikan dia seorang berhati murni apabila enggan menerima ‘hadiah’ wang ringgit yang diberikan kepada kedua-dua pelancong tersebut.
 
Tindakannya itu kemudian mendapat pujian ramai, malah sikapnya yang mesra juga cukup menggambarkan perwatakan rakyat Malaysia.
 
Anda boleh lihat video penuh serta komen-komen menarik netizen dibawah.


 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "Bantu Pelancong Hong Kong Terkandas Di Singapura, Abang ‘Pilot’ Ini Diangkat Sebagai Hero Malaysia! Cayalah!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*