Fuh! Sudah 17 Tahun Nia Ramadhani Tak Cuci Pinggan Mangkuk

Mula menjadi selebriti sejak berusia 7 tahun lagi, pelakon cantik Nia Ramadhani akui sudah 12 tahun tidak pernah mencuci pinggan sendiri.

Kata Nia, dia sendiri hampir terlupa bilakah kali terakhir dia ke dapur untuk mencuci pinggan.

Fakta mengejutkan itu dikongsikan pelakon Bawang Putih Bawang Merah itu ketika sesi temubual sebuah rancangan televisyen di Indonesia, Ngopi Dara, baru-baru ini.

“Saya kahwin pun sudah hampir 10 tahun. Sewaktu saya berusia 12 tahun…

“Eh tidak! Semasa baru lahirkan anak sebelum ini saya pernah ajar pembantu rumah untuk cucikan pinggan,” kata Nia menjawab pertanyaan hos, Jessica Iskandar.

Pada rancangan sama, Jessica mencabar Nia untuk membasuh pinggan mangkuk di set penggambaran rancangan itu.

Nia menyahut cabaran itu dan aksi sempoinya mencuci pinggan tanpa memakai sarung tangan mencuit hati penonton!

Terdahulu, kisah Nia yang tidak tahu mengupas buah salak dan gagal membuka pintu bilik hangat diperkatakan netizen di media sosial.

Selama 9 tahun berumah tangga bersama Ardi Bakrie, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata Mikhayla Zalindra, Mainaka Zanatti dan Magika Zalardi.
 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber:GEMPAK

Be the first to comment on "Fuh! Sudah 17 Tahun Nia Ramadhani Tak Cuci Pinggan Mangkuk"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*