Nenek ‘Gamer’ 89 Tahun, Main COD dan GTA Macam Pro!

 

Bila disebut tentang gamer, biasanya perkara pertama yang muncul di fikiran adalah imej lelaki berkaca mata dengan headphone di kepala sedang menghadap TV atau komputer.

Namun siapa yang menyangka seorang nenek berusia 89 tahun boleh menjadi inspirasi kepada komuniti gamers di Jepun.

Mori Hamako atau dikenali sebagai Gamer Grandma, telah aktif dalam permainan video dan komputer selama hampir empat dekad.

Pakar dalam permainan aksi seperti Call of Duty (COD), Grand Theft Auto (GTA), dan Skyrim, Hamako sering berkongsikan cara permainanannya di YouTube.

Kemahirannya dalam permainan sukan elektronik itu sangat mengkagumkan dan memberi inspirasi kepada komuniti gamer di Jepun.

Tular di Youtube.

Walaupun pada usia yang tua, Hamako masih mampu mengawal permainan dan menunjukkan prestasi yang baik. Malah dia juga kelihatan tenang dan profesional ketika bermain. Kebolehannya yang luar biasa itu membuat dia tular di saluran Youtube, yang kini mempunyai lebih 97,000 subscribers.

Hamako mengakui terkejut dengan jumlah pengikut baru yang diterimanya serta perhatian yang diberikan kepadanya pada tahun ini, sejak dia menubuhkan saluran Youtubenya pada tahun 2014.

Bermain sejak kecil.

Dilahirkan di Asakusa, Tokyo, warga emas itu bukan diperkenalkan kepada permainan video oleh anak-anak atau cucu-cucunya seperti sangkaan orang ramai.

Sebaliknya minatnya dalam bidang itu bermula dengan Cassette Vision pada tahun 1981, sebelum bertukar kepada konsol Nintendo klasik, atau juga dikenali sebagai ‘Famicom’ di Jepun.

Antara permainan kegemarannya termasuklah Perlumbaan F1, The Legend of Zelda, dan Dragon Quest.

Pada akhir tahun 80an Hamako beralih ke permainan komputer, sebelum diperkenalkan kepada Playstation pada tahun 90an.

Selain permainan video, Hamako juga meminati bidang fesyen dan sukan, namun ‘gaming’ adalah satu-satunya hobi yang dia mampu lakukan pada usianya sekarang.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Mothership via HCL

Be the first to comment on "Nenek ‘Gamer’ 89 Tahun, Main COD dan GTA Macam Pro!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*