Penyanyi dikenali Black Hanifah, sememangnya bakat selebriti ini dalam industri hiburan tanah air tidak dinafikan hebat dan dia merupakan diantara selebriti yang bukan calang-calang.
Malah, sudah beberapa buah lagu dapat dilihat suaranya berbeza dan mempunyai power yang tersendiri. Meskipun, Black Hanifah ini merupakan selebriti popular dan tidak perlu lagi diperkenalkan namun sikap merendah dirinya membuatkan netizen semakin meminatinya.
Terbaru pula, Black Hanifah mendedahkan dirinya mempunyai sebuah kancil. Menerusi perkongsian foto, kancil putih dimiliki Black Hanifah membuatkan dia tetap bersyukur.
“Abang ade kancil je dik… Alhamdulillah… abang bersyukur…” tulis penyanyi ini menerusi Instagram.
Bagaimanapun, rata-rata peminatnya memberikan maklum balas positif buat Black Hanifah. Ada yang mengatakan ia kereta legend dan sememangnya memudahkan ketika parking kereta.
Ternyata, perkongsian Black Hanifah ini meraih perhatian peminat dan pengikut yang turut ada memujinya yang mempunyai sikap sempoi.
Dalam pada itu, rakan selebriti yang dilihat rapat dengan penyanyi ini turut meninggalkan komen mengenai kereta berkenaan.
Kancil power
Saya pun drive kancil…lejen senang parking
Rare kancil ko ni
Sempoi la bang
Bukan kaleng-kaleng
Black atau nama sebenarnya Mohd Hanifah Md Hanafiah kini sudah memiliki dua orang anak manakala anak sulungnya dikenali sebagai Dayyan merupakan diantara anak selebriti yang sangat popular dalam industri hiburan tanah air.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: Black Hanifah via HCL
Be the first to comment on "“Paling steady…”- Dedah ada kancil saja, Black Hanifah bersyukur"