Nassier Wahab menlnggal dunia selepas munt4h dar4h

 

PENYANYI popular era 1980-an, Datuk Nassier Wahab atau nama sebenarnya Mohd Nasir Abd Wahab menlnggal dunia di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya, Petaling Jaya kira-kira pukul 12.45 pagi Khamis.

Berita sedlh ini dikongsikan rakannya, penyanyi Zur Eda menerusi kiriman WhatsApp kepada rakan-rakan artis.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… Dukacita dimaklumkan Datuk Hj Nassier Wahab baru sahaja menghembvskan nafasnya yang terakhir pada pukul 12.45 pagi di Pusat Pakar Perubatan Universiti Malaya.

“Mohon sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah dan kita doakan semoga roh arw4h akan ditempatkan bersama roh para solehin. Al-Fatihah,” katanya menerusi kiriman tersebut.

Antara rakan artis yang turut bers3dih dan berkongsi berita pemergian Allahyarham Nassier.

Rata-rata rakan artis meluahkan rasa terkejut dan mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

Dalam pada itu pembantunya iaitu Aliff Salim berkata, keadaan Nassier yang agak puc4t menyebabkan doktor menasihatinya agar menjalani rawatan menambah dar4h pada Selasa lalu.

Bagaimanapun Nassier menunjukkan keadaan luar biasa apabila dia munt4h dar4h yang banyak sehinggalah dia disahkan menlnggal dunia pada awal pagi Khamis.

Selain Aliff, isteri Allahyarham iaitu Fatimah Abd Rauf, 56, turut berada bersamanya semasa kejadian.

Pada 1 Jun lalu, Nassier, 57, menjalani pembedahan membuang ketumbuhan pada rahang kiri akibat kanser gusi yang dihidapinya.

Akibat peny4kit berkenaan, dia sentiasa mendapatkan rawatan susulan dengan melakukan radioterapi dan kimoterapi di pusat perubatan yang sama.

Beliau mula mengalami peny4kit itu sejak lima tahun lalu apabila mengadu sakit pada bahagian gusi.

Selain isteri, Nassier menlngg4lkan seorang anak perempuan iaitu Intan Najihah yang kini berusia 22 tahun.

Lagu-lagu popular Allahyarham yang sering mendapat perhatian ialah Memori Cinta Luka, Sekali Aku Jatuh Cinta dan Bayangan Wajah Luka.

Antara filem lakonannya ialah Si Jantung Hati yang diterbitkan pada tahun 1986.

Pada tahun 2017, Nassier dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk yang disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Jen4zah akan dimandikan di Masjid Batu Belah, Klang pada pukul 8 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Batu Belah kira-kira pukul 10 pagi.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: MSTAR

Be the first to comment on "Nassier Wahab menlnggal dunia selepas munt4h dar4h"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*