Diana Amir Pergi Umrah, Tinggalkan Suami, Anak Lelaki

Diana atau nama sebenarnya, Nurdiyana Amir Hashim, berkongsi berita tersebut menerusi satu entri di Instagram sebaik tiba di Jeddah awal pagi tadi.

Begitupun, menurut pelakon filem 7 Petala Cinta itu, dia hanya pergi bersama dua orang anak perempuannya.

“Saya meninggalkan orang yang tersayang dalam perlindungan-Nya. Alhamdulillah, Diana tengah tulis ni dalam perjalanan dari Jeddah nak ke Makkah. Dua jam Insya-Allah.

“Sini baru pukul 2.30 pagi. Diana bawa Khawlah dan Khadija sahaja. Khalid dan encik suami tak dapat ikut. Saya tidak akan berhenti mendoakan agar ahli keluarga saya sentiasa selamat dan gembira,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dia turut berkongsi gambar dirinya bersama suami dan anak-anaknya yang dirakam ketika di lapangan terbang sebelum berangkat ke Jeddah semalam.

“Kepada yang kenal Diana, maafkan salah silap yang sengaja atau tak sengaja dan halalkan makan minum ya. Diana doakan anda semua yang baca ni akan dijemput menjadi tetamu Allah bersama keluarga tersayang lagi dan lagi. Amin,” tulisnya.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bismillah.. Im leaving my loved ones in His care.. Alhamdulillah Diana tgh tulis ni dalam perjalanan dari Jeddah nak ke Mekah, 2 hours insyaAllah.. Sini baru 2.30am .. Diana bawa Khawlah dan Khadija je, Khalid dan encik suami tak dpt ikut.. I will not stop praying for my family to always be safe and happy . . Kepada yang kenal Diana, maafkan salah silap yang sengaja atau tak sengaja, dan halalkan makan minum ya. Diana doakan anda semua yang baca ni akan dijemput menjadi tetamu Allah bersama keluarga tersayang lagi, dan lagi. Amin! . . #DianaxZuhudumrahdiary @zuhudholiday

Siaran dikongsi oleh D I A N A A M I R (@dianaamir) pada

Diana mendirikan rumah tangga dengan Mohd. Habibullah A. Rahman pada 25 Oktober 2013.

Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Khawlah Al Azwar, 4, Khadija Azzehra, 2, dan Muhammad Khalid Al Habib berusia setahun.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Diana Amir Pergi Umrah, Tinggalkan Suami, Anak Lelaki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*