Peguam Dedah Da’i Farhan Ceralkan Isteri Pertama Menerusi Whatsapp, D4kw4 Nusyuz?

 

Penceramah bebas, Da’i Farhan menjadi bualan di laman sosial apabila dia menikahi seorang ibu tunggal anak lapan sebagai isteri keduanya. Isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain kemudian meluahkan bahawa dia pada mulanya reda dalam terpaksa menerima pernikahan kedua suaminya itu.

Terbaru, pendedahan seorang peguam mengenai keadaan rumah tangga penceramah berkenaan nyata mengejutkan netizen yang tidak menyangka akan tindakan juara program realiti dakwah berkenaan.

Dic3ralkan dengan Whatsapp

Seorang peguam Asiah Abd Jalil memuatnaik status memaklumkan Da’i Farhan telah menc3ralkan isteri pertamanya, Fatin dengan talak satu. Tambah memilukan, wanita itu sedang hamil anak kedua mereka dan lafaz tersebut dibuat menerusi voice note aplikasi Whatsapp.

Tambah Asiah, perc3ralan mereka berpunca dari dakwaan Fatin sebagai nusyuz dan telah memfitnah suaminya. Satu laporan polis turut dibuat keluarga Fatin kerana Farhan didakwa telah memukul bekas isterinya idan dan mengurungnya.

Disahkan sumber dipercayai

Seorang sumber yang boleh dipercayai ketika dihubungi pihak kami mengesahkan kesahihan kenyataan yang dimuatnaik berkenaan.

Dalam pada itu, hasil tinjauan di laman sosial Farhan mahupun Fatin, kedua-dua mereka masih tidak memuatnaik sebarang status untuk mengesahkan status dimuatnaik peguam berkenaan.

Beberapa hari lepas, Farhan teruk dikritik apabila dia mendedahkan dalam satu temubual mengatakan dia telah menolak 18 orang wanita yang berminat mengahwininya sebelum berbuat demikian dengan isteri keduanya kini.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Asiah Abd Jalil via OHBULAN

Be the first to comment on "Peguam Dedah Da’i Farhan Ceralkan Isteri Pertama Menerusi Whatsapp, D4kw4 Nusyuz?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*