Anggota kumpulan De Fam Azira Shafinaz berkongsi perkenalannya bersama pengacara dan usahawan berjaya Neelofa sudah menjangkau usia 12 tahun.
Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz binti Ramlan, 28, memuat naik foto bersama Neelofa sewaktu pelancaran kasut hasil kolaborasi Guiseppe Zanoti dan sahabatnya itu di laman Instagram miliknya.
“Terima kasih Neelofa menerima kehadiran saya. Kenal awak sejak sebelum Dewi Remaja lagi dan saya bangga melihat kejayaan yang awak telah capai hari ini.
“Saya mengharapkan yang terbaik dalam karier awak. Semenangnya menjadi inspirasi kepada semua orang,” tulis Azira menerusi ruangan kapsyen.
Neelofa turut meninggalkan komen pada foto mereka berdua itu.
“Saya juga bangga dengan pencapaian awak dan panjang lagi perjalanan kita berdua,” tulis Neelofa di ruangan komen.
Wargamaya juga turut sama memberikan komen memuji kecantikan dan penampilan dua sahabat baik itu.
Foto Azira bersama Neelofa itu sehingga kini telah menerima hampir 50,000 tanda suka daripada wargamaya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini
Sumber: GEMPAK
Be the first to comment on "“12 Tahun Persahabatan, I’m So Proud Of You” – Azira Shafinaz Bangga Dengan Neelofa"