“I Like That Idea!” – Reaksi Neelofa Bila Disamakan Dengan ..

Baru-baru ini tular sekeping foto pengacara popular Neelofa yang disamakan dengan watak animasi filem Ejen Ali The Movie, Dayang.

Ada pengguna yang mengandaikan jika watak Dayang itu dijadikan realiti (live action), Neelofalah individu yang paling tepat.

Justeru, ini reaksi Neelofa terhadap perkara itu.

“I like that idea! Dengarnya ada reviu yang bagus mengenai filem itu.

“Patutkah saya bawa Inara (anak saudara Neelofa) untuk menontonnya?” tulis Neelofa menerusi akaun Twitternya.

Twit yang ditulis oleh seorang pengguna yang menyamakan Neelofa sebagai karakter Dayang (Ejen Ali The Movie) merupakan reaksi daripada laporan terhadap prestasi membanggakan filem animasi tempatan sejak akhir-akhir ini.

Dalam filem Ejen Ali The Movie, Dayang yang berpakaian serba merah merupakan ketuka bagi teras TEKNO.

Malah, perwatakan Dayang sendiri ditampilkan sebagai gadis yang lemah-lembut dan tidak pernah meninggikan suara.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

 

Be the first to comment on "“I Like That Idea!” – Reaksi Neelofa Bila Disamakan Dengan .."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*