“Belum Hamil, Badan Isteri Berisi Mungkin Sebab Senang Hati” – Zamani

Penyanyi Zamani Slam, 48, menjelaskan perubahan fizikal isteri kesayangannya Nur Juliana Abdul Rani, 36, bukan disebabkan hamil seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Menurut Zamani, spekulasi itu timbul mungkin kerana perubahan fizikal Juliana yang semakin berisi.

“Setakat ini belum lagi. Isteri saya belum mengandung seperti yang didakwa segelintir pihak.

“Mungkin badannya nampak berisi kerana senang hati bergelar isteri.

“Apapun seperti pasangan suami isteri lain, kami juga mempunyai keinginan untuk ada zuriat sendiri,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai majlis resepsi perkahwinannya seperti yang diperkatakan sebelum ini, Zamani berkata, dia memilih untuk mengadakannya pada 1 Januari tahun depan.

“Terlalu suntuk untuk kami buat resepsi dalam tahun ini kerana saya terikat dengan pelbagai komitmen.

“Jadi, 1 Januari adalah tarikh paling sesuai untuk mengadakannya. Kami pun dah mula buat persiapan sedikit demi sedikit.

“Apapun saya terpaksa rahsiakan dahulu lokasi majlis ini dan akan menghebahkan apabila tiba masanya,” jelasnya.

Terdahulu, pasangan yang sudah bercinta selama 14 tahun itu berkahwin dalam satu majlis tertutup di Kuala Lumpur pada 22 September lalu.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: Harian Metro via GEMPAK

Be the first to comment on "“Belum Hamil, Badan Isteri Berisi Mungkin Sebab Senang Hati” – Zamani"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*