Bakal Terima Kehadiran Baby Girl Awal Bulan Hadapan, Aeril & Wawa Umum Nama Anak Ketiga

Pasangan pelakon popular yang kini bergelar usahawan, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bakal menimang cahaya mata perempuan awal bulan depan.

Malah, Aeril dan Wawa juga sudah mempunyai nama untuk anak ketiga mereka.

“Sebenarnya, bila-bila masa sahaja anak ketiga kami boleh ‘keluar’ tetapi doktor menjangkakan Wawa bakal bersalin awal bulan hadapan.

“Kami juga sudah mempunyai nama untuk anak ketiga kami yang diinspirasikan ketika kami melancong di Turki.

“Nama Ayya Soffya dipilih ketika kami berkunjung ke sebuah masjid di sana. Masjid itu sangat cantik jadi kami tertarik dengan nama itu,” kata Aeril.

Aeril dan Wawa ditemui ketika majlis memperkenalkan jantina bayi dan pelancaran produk terbaharu Wawa Cosmetics Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla di Glam Hall, Damansara Perdana, Petaling Jaya, pada Rabu.

Dalam pada itu, Wawa turut bersyukur kerana dia tidak mengalami sebarang masalah di kehamilan ketiga.

“Alhamdulillah, semuanya baik-baik sahaja. Saya sangat aktif menguruskan bisnes Wawa Cosmetics ketika sedang hamil dan semua urusan dipermudahkan.

“Saya percaya anak adalah rezeki dann saya berharap anak kami dilahirkan dengan sempurna dan selamat, Insya-Allah,” kata Wawa pula.

Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Bakal Terima Kehadiran Baby Girl Awal Bulan Hadapan, Aeril & Wawa Umum Nama Anak Ketiga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*