“saya melarang Amyra untuk mengambil sebarang tawaran berlakon” – Amar Baharin Ingin Amyra Rosli ‘Stop’ Berlakon

Pelakon Amar Baharin melarang isterinya, aktres Amyra Rosli untuk menerima sebarang tawaran lakonan selepas drama bersiri Cemburu Seorang Perempuan.

Jelas Amar, ini merupakan masa terbaik untuk Amyra berehat selepas membawa watak berat dalam drama tersebut.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

My botak man 👨🏻‍🦲❤️

Siaran dikongsi oleh Madam Amyra (@aamyrarosli) pada

“Saya sendiri lihat betapa penatnya Amyra membawa karakter Dhia dalam drama Cemburu Seorang Perempuan. 

“Jadi sebab itu saya melarang Amyra untuk mengambil sebarang tawaran berlakon selepas itu. Ini adalah masa yang terbaik untuk dirinya berehat.

“Saya tidak tahu sampai bila Amyra akan berehat… Mungkin selepas habis berpantang, tak pun kita  tunggu dan lihat macam mana anak kedua ni.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Bau leher masam ni paling sedap! @aqeefanaqi . . #AqeefAnaqi #Amyramar #2y

Siaran dikongsi oleh Madam Amyra (@aamyrarosli) pada

“Amyra hanya berehat daripada berlakon drama, aktiviti ‘endorsement’ masih diteruskan macam biasa,” katanya kepada Gempak.

Tambah Amar, sehingga kini dia memilih untuk tidak ambil tahu jantina anak kedua mereka.

“Amyra dah tahu jantina anak kedua kami. Tapi saya lebih memilih untuk tidak ambil tahu sehinggalah ‘baby shower’ nanti.

“Kami rancang ingin adakan pada hujung bulan Disember memandangkan Amyra dijangka bersalin pada Februari tahun depan. Pada masa itu, kami akan umumkan jantina baby,” katanya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Aqeef Anaqi.

Selain Amar dan Amyra, drama bersiri terbaru, Cemburu Seorang Perempuan yang baru sahaja tamat menghiasi slot Dramavaganza ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Emma Maembong, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

 
 
 
 
 
Lihat siaran ini di Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Being a family means you are part of something very wonderful. It means you will love and be loved for the rest of your life. No matter what. . . Baju melayu : @primavalet Dress : @zamrimatouch

Siaran dikongsi oleh Madam Amyra (@aamyrarosli) pada

Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Metro Kini

Sumber: GRMPAK

Be the first to comment on "“saya melarang Amyra untuk mengambil sebarang tawaran berlakon” – Amar Baharin Ingin Amyra Rosli ‘Stop’ Berlakon"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*